Sistem insurans sewaan rumah lindungi pemilik dan penyewa

Sistem insurans sewaan rumah lindungi pemilik dan penyewa
.
.
Oleh Nazura Ngah; Mohd Zaky Zainuddin dan Fahmy Azril Rosli
.
bhnews@bh.com.my
.
KUALA LUMPUR: Pemilik rumah dijangka tidak lagi berdepan masalah kerosakan rumah sewa atau gagal menerima bayaran daripada penyewa yang menghilangkan diri apabila kerajaan memperkenalkan sistem insurans sewaan rumah tidak lama lagi.
.
Sistem insurans itu dijangka memberi perlindungan kepada penyewa yang gagal menjelaskan sewa, antaranya akibat kehilangan pekerjaan sehingga tempoh enam bulan.
.
Ketika ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang meneliti sistem insurans yang kini dilaksanakan di Korea Selatan, sekali gus dijangka memacu sektor penyewaan rumah di negara ini.
.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata ketika menerajui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, beliau sudah mengenal pasti skim berkenaan dan yakin ia kini diteliti Tan Sri Noh Omar selaku menteri.
.
Selain cadangan menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman seperti dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2018, katanya, sistem insurans antara mekanisme baharu bagi melindungi pemilik rumah dan penyewa.
.
Katanya, tuntutan pemilik rumah dan penyewa akan dibayar syarikat insurans menerusi dana hasil daripada kutipan cukai berkaitan perumahan.
.
"Sektor penyewaan rumah perlu dikembangkan lagi. Akta Sewaan Rumah Kediaman yang akan diwujudkan akan melindungi penyewa dan tuan tanah dan ketika ini tiada akta berkaitan sehingga menyebabkan pemilik rumah bimbang untuk menyewakan premis masing-masing.
.
"Di Korea Selatan, mereka mencipta sistem insurans yang membolehkan pemilik rumah dilindungi jika rumah yang disewakan rosak atau penyewa menghilangkan diri.
.
"Lebih menarik, sistem insurans turut melindungi penyewa yang mungkin berdepan kehilangan pekerjaan sehingga menyebabkan gagal membayar sewa.
.
Insurans ini akan melindungi penyewa sehingga tempoh enam bulan," katanya.
.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Bajet 2018 di Balai Berita, di sini, hari ini.
.
Pengarang Bersekutu Ehwal Semasa BH, Kadir Dikoh dan wartawan New Straits Times (NST), Lidiana Rosli bertindak sebagai moderator program berkenaan.
.
Pada pembentangan Bajet 2018, kerajaan mengumumkan pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50 peratus bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan kepada warga tempatan yang bermastautin di Malaysia.
.
Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat berkata, pengecualian diberi bermula tahun taksiran 2018 hingga 2020, bertujuan menggalakkan pasaran sewaan rumah kediaman.
.
Najib yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata kerajaan juga akan menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman untuk melindungi penyewa dan pemilik rumah.
.
Gambar
.
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan (kiri) bersama Pengarang Bersekutu Hal-Ehwal BH, Kadir Dikoh (kanan) dan Wartawan NST, Lidiana Rosli pada Bicara Budjet 2018 di Studio NSTP, Balai Berita. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/347386/sistem-insurans-sewaan-rumah-lindungi-pemilik-penyewa
.
Kalau nak belajar sublet, busines bilik sewa, business rumah sewa secara online
.
boleh klik link di bawah
.
https://akademisublet.onpay.my/order/form/sm2017/60
.
Kalau nak personal coaching dengan SYAMIN SAAD
.
BOLEH whatsapp
.
www.wasap.my/60149661850