Perjanjian Rumah Sewa
kalau nak belajar busines bilik sewa, business rumah sewa
boleh klik link di bawah
PERJANJIAN
PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN
ALAMAT RUMAH SEWA :
_______________________________________
_______________________________________
_______________________________________
ANTARA
_______________________________________
(SYARIKAT PENGURUSAN HARTANAH)
DAN
_______________________________________
(PENYEWA)
PADA
_______________________________________
(Tarikh Perjanjian)
PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN
PERJANJIAN ini dibuat pada _____________ antara __________________________
(selepas ini disebut sebagai "Tuan Rumah")
sebagai satu pihak; dan __________________________, ________________________________________No. Kad Pengenalan : ______________________ (selepas ini disebut
sebagai "Penyewa" yang mana sebutan di dalam isi kandungan yang
dimaksudkan meliputi hak pentadbiran harta penyewa, waris dan orang yang
mempunyai hak mentadbir harta pusaka Penyewa) sebagai pihak satu lagi.
BAHAWASANYA:-
A. Tuan Rumah
adalah syarikat pengurusan hartanah yang dilantik oleh tuan punya rumah yang
sah bagi rumah di alamat di bawah dan Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada
Penyewa dan penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang Rumah
di alamat & parking yang didaftarkan ke atas unit rumah ini; selepas itu
disebut sebagai "Rumah tersebut") serta menggunakan segala kemudahan
yang disediakan di dalam rumah tersebut (Lampiran AA).
B. Penyewa
bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia ______________________________ ( _______________ ) sahaja
sebulan hendaklah dibayar pada tarikh ( _____ ) tiap-tiap bulan.
C. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas
menandatangani Perjanjian ini iaitu bayaran sewa bulan pertama dan sebanyak
Ringgit Malaysia ______________________________
( _______________ ) sahaja sebagai bayaran ______________________________
( _______________ ) bulan cagaran/deposit serta sebanyak Ringgit Malaysia ______________________________ ( _______________ ) sahaja bagi bayaran cagaran/deposit air dan api sebagai wang pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini dan tertakluk pada ( Lampiran A ).
( _______________ ) sahaja sebagai bayaran ______________________________
( _______________ ) bulan cagaran/deposit serta sebanyak Ringgit Malaysia ______________________________ ( _______________ ) sahaja bagi bayaran cagaran/deposit air dan api sebagai wang pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini dan tertakluk pada ( Lampiran A ).
D. Penyewa ialah penama berdaftar dalam Lampiran B
(Maklumat Penghuni Rumah).
1.
Membayar sewa pendahuluan pada tarikh seperti
mana ditetapkan.
2.
Bertanggungjawab membayar bil – bil air dan
elektrik yang dikenakan pada rumah tersebut sekiranya melebihi RM 100.00 setiap
bulan.
3.
Penyewa bertanggungjawab secara peribadi
dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2).
4. Jika tertinggal kunci di dalam bilik atau kehilangan kunci, untuk tuan rumah datang membuka kunci bilik atau rumah denda RM 50 dikenakan.
4. Jika tertinggal kunci di dalam bilik atau kehilangan kunci, untuk tuan rumah datang membuka kunci bilik atau rumah denda RM 50 dikenakan.
5.
Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah
Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan
haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau
perdagangan dan perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang
dalam apa jua bentuk sekali pun.
6.
Tidak menyewakan atau menyerahkan samada
secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang
lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya
penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak
mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya
Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam
surat perjanjian ini.
7.
Tidak membenarkan dan /atau melaksanakan
apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar
atau bahagian dalam Rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
8.
Tidak akan menyimpan dan/atau membiak
sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah
tersebut.
9.
Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam
Rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan
merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah
memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa
berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.
10.
Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam
bangunan Rumah tersebut termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan
disekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau
pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.
11.
Menjaga dan memastikan keadaan di dalam Rumah
tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini sentiasa berada di dalam keadaan baik
dan boleh diduduki (kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana
alam dikecualikan).
12.
Jika ingin menggantung bingkai gambar,
dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan
‘wallpluck’.
13.
Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci
tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan
diberikan pendua semua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia
dipasang.
14.
Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi
apa jua perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau
peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan
Rumah berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insurans yang melindunginya
daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau
menyebabkan premiumnya bertambah.
15.
Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa
sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang
perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh
menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan
tersebut.
16.
Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang
pertelingkahan dengan jiran secara aman dan bertanggungjawab.
17.
Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah
diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa
sahaja yang munasabah memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau
pembaikkan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah
mustahak.
18. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan
yang berjumlah RM 200.00 dan ke bawah yang disebabkan oleh penyewa atau
pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa
kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan
atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan yang dibelanjakan bagi
membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa. Kerosakan-kerosakan biasa
yang berjumlah RM 200.00 dan ke bawah adalah seperti :
a. kerosakan pam mangkuk tandas,
b. kerosakan starter lampu,
c. kerosakan mentol lampu
d. kerosakan kipas,
e. kerosakan tombol pintu
f. kerosakan pili air.
g. kerosakan katil.
h. kerosakan almari.
i. kerosakan perabot
a. kerosakan pam mangkuk tandas,
b. kerosakan starter lampu,
c. kerosakan mentol lampu
d. kerosakan kipas,
e. kerosakan tombol pintu
f. kerosakan pili air.
g. kerosakan katil.
h. kerosakan almari.
i. kerosakan perabot
19.
Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah
tersebut dalam keadaan baik dan bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju
untuk menyerahkan kembali Rumah tersebut dalam keadaan sama atau lebih baik
kepada Tuan Rumah dan menanggung bayaran membersih jika Tuan Rumah mengupah
orang untuk membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun
ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam dalam perjanjian.
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH :
1.
Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah,
Bil penyelenggaraan, Astro dan Internet yang dikenakan ke atas Rumah tersebut.
2.
Bertanggungjawab membayar bil – bil air
dan elektrik yang dikenakan pada rumah tersebut maksimum sehingga RM 100
sahaja.
3 Membaiki sebarang kerosakan besar yang
menimpa ke atas Rumah tersebut yang mana ia bukan disebabkan oleh kelalaian dan
juga memperbaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh "Fair Wear
dan Tear" dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus
segala kerja-kerja pembaikan ke atas rumah tersebut di sepanjang tempoh
penyewaan ini.
4.
Tuan Rumah akan mengembalikan wang
cagaran kepada penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada
syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi
menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki
apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau
lalai pihak penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran
yang dikenakan ke atas penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam
perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh tuan rumah untuk
tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini
ditandatangani.
5.
Mempastikan langkah-langkah keselamatan
rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan tombol
pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan
bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.
PERSETUJUAN
TUAN RUMAH DAN PENYEWA :
1.
Tuan Rumah hendaklah
menyerah kunci rumah kepada penyewa selepas penyewa membayar wang cagaran
melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.
2.
Sekiranya perjanjian
tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah menjadi tanggunjawab
penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan
segera.
3.
Sekiranya sewa
bulanan tidak dibayar sehingga melepasi tempoh dua (2) minggu selepas tarikh
bayaran sewaan, maka Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan
ini dan tidak mengembalikan baki deposit sekuriti (sekiranya ada).
4. Sekiranya penyewa
berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila tempoh sepertimana
terkandung dalam perjanjian ini tamat maka penyewa mestilah mengemukakan notis
bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang dua (2) bulan sebelum tamat tempoh
penyewaan tersebut.
5.
Tuan Rumah berhak
untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.
6. Sekiranya penyewa
ingin menamatkan perjanjian sewa ini sebelum tempohnya berakhir, Penyewa akan
kehilangan deposit sekuriti. Deposit sekuriti tidak akan dipulang walau apa - apapun yang terjadi termasuklah:
a. Dipidahkan tempat berkhidmat atau tempat bekerja.
b. Ditamatkan perkhidmatan / pengajian atau dibuang kerja / kolej / universiti.
c. Berlaku kematian ahli keluarga
d. Kesakitan ahli keluarga dan perlu pulang ke pangkuan keluarga.
a. Dipidahkan tempat berkhidmat atau tempat bekerja.
b. Ditamatkan perkhidmatan / pengajian atau dibuang kerja / kolej / universiti.
c. Berlaku kematian ahli keluarga
d. Kesakitan ahli keluarga dan perlu pulang ke pangkuan keluarga.
Deposit utiliti akan digunakan untuk pembayaran tunggakan bil-bil dan bakinya akan dikembalikan kepada Penyewa
7.
Tuan Rumah berhak untuk
menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana
Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan
mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis bertulis kepada penyewa.
8.
Sebarang pertikaian
diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai Penyewaan Rumah tersebut hendaklah
diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai
hendaklah diselesaikan melalui timbangtara.
9.
Sebarang kecurian ke atas barang-barang milik
peribadi Penyewa adalah atas tanggungan Penyewa sendiri. Tuan Rumah tidak akan
bertanggung jawab sama sekali ke atas kehilangan / kecurian yang berlaku.
PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang tersebut di atas.
………………………………………...
|
………………………………………..
|
|
Tuan
Rumah
Nama: SBS SOLUTIONS
No.
Daftar: XXXXX
Tarikh:
|
Penyewa
Nama:
No.
K/P:
Tarikh:
|
|
………………………………………...
|
………………………………………...
|
|
Saksi
Nama: XXXXX
No.
K/P: XXXXX
Tarikh:
|
Saksi
Nama: XXXXX
No.
K/P: XXXXX
Tarikh:
|
LAMPIRAN
AA
Kelengkapan
Dalam Rumah
Perabot
|
Senarai Semak
|
|
Masuk (unit)
|
Keluar (unit)
|
|
Ruang
Tamu :-
|
||
- Set sofa
|
||
-
TV (dengan rak
TV)
|
||
-
Kipas berdiri
|
||
- Kipas
siling
|
||
-
Set TM Streamyx
|
||
-
Lampu kalimantang
|
||
-
Set ASTRO
|
||
- Extension
cable
|
||
Dapur :-
|
||
-
Mesin basuh
|
||
-
Peti ais
|
||
-
Dapur memasak
|
||
-
Tong gas
|
||
-
Rak dapur memasak
|
||
- Tong
sampah
|
||
- Penyapu
& penyodok
|
||
- Ampaian
|
||
- Berus
mangkuk tandas & berus sabut
|
||
- Extension
cable bulat
|
||
Bilik :-
|
||
-
Kipas berdiri
|
||
-
Kipas siling
|
||
-
Katil single
|
||
- Katil double
|
||
-
Almari
|
||
-
Tilam single
|
||
-
Lampu kalimantang
|
LAMPIRAN A
MAKLUMAT PENYEWAAN
BIL.
|
PERKARA
|
MAKLUMAT
|
1.
|
TEMPOH MENYEWA
|
_____ Bulan
Sekiranya penyewa ingin menamatkan perjanjian sewa
ini sebelum tempohnya berakhir, Penyewa akan kehilangan deposit sekuriti.
|
2.
|
TARIKH BERKUATKUASA
|
--
|
3.
|
SEWA BULANAN
|
RM
|
4.
|
JENIS & TARIKH
PEMBAYARAN
|
Sewa akan diambil sendiri melalui En _________ (staf ___________)
pada hb setiap bulan
No fon En Roslan: 01X-XXXXXXX
Atau (sekiranya dimaklumkan):
Tunai ke AKAUN __________ ( __________ )
NO AKAUN CIMB : __________
Pada hb setiap
bulan
|
5.
|
WANG PENDAHULUAN
SEWA
(1 bulan) + DEPOSIT SEWAAN &
DEPOSIT
UTILITI
(elektrik
+ air)
|
Jumlah
(
)
|
6.
|
PEMBAHARUAN PERJANJIAN
|
bergantung kepada penyewa (notis
pembaharuan 2 bulan sebelum tamat tempoh sewa)
|
LAMPIRAN B
BORANG MAKLUMAT PENGHUNI RUMAH
Nama
|
|
No. Kad
Pengenalan
|
|
No. Tel.
Bimbit 1 / 2
|
/
|
Alamat
Tetap / Asal
|
|
No. Tel.
Rumah
|
|
Jawatan
Kerja
|
|
Alamat Tempat
Kerja
|
|
No. Tel.
Tempat Kerja
|
|
Nama
Penjaga
|
|
No. Tel.
Penjaga
|
|
Nama
Rujukan Kecemasan
|
|
No. Tel.
Rujukan
Kecemasan
|
|
Jenis
Kereta / Plat
|
|
Bilik Sewa
|
|
Tempoh
Sewaan
|
_____ Bulan
Sekiranya penyewa ingin menamatkan perjanjian sewa
ini sebelum tempohnya berakhir, Penyewa akan kehilangan deposit sekuriti.
|
*Salinan Kad Pengenalan penyewa hendaklah dilampirkan
bersama
Kalau nak belajar busines bilik sewa, business rumah sewa secara online
.
Kalau nak personal coaching dengan SYAMIN SAAD
.
BOLEH whatsapp
.
www.wasap.my/60149661850