KENAPA SUAMI ISTERI TAK BOLEH SEWA BILIK SEWA MUSLIM KAMI ??
.
.
https://m.facebook.com/BilikSewaHipsterMuslim/
.
Ini bukan kali pertama yang tanya saya soalan sebegini.... puas kita jelaskan tapi kata mereka, mereka tiada pilihan lain
.
.
Saya mudahkan dengan 4 sebab berikut;
.
1. Sebab hukum, aurat rakan serumah nanti, takkan campur sahaja... kena suami tadi kaki skodeng anak dara orang kan jadi hal lain pula...
.
2. Sebab tidak mahu jadi fitnah pada jiran sekitar, nanti jiran jiran jadi pelik laki ada masuk dan perempuan pun ada masuk....
.
3. Sebab saya sendiri pun tak mahu ada saham Dosa atau saham “subahat”, dosa sendiri pun dah tak tertanggung nak buat apa tanggung dosa orang lain
.
4. Sebab saya tak mahu jadikan anda yang nak sewa tadi.... jadi janda lebih awal, mana taknya kena sekali suami terbekenan kat anak dara kat rumah tadi kan tak pasal pasal masuk kelab “mak jan malatop”
.
.
BAGI YANG SUDAH MERANCANG UNTUK BERKAHWIN, RANCANG AWAL
.
.
Semestinya saya percaya perkahwinan bakal beri lebih banyak tuah dan rezeki tidak pernah putus.
.
Tapi inilah hakikat pasangan Gen Y hari ini, hidup mereka dah macam kisah cerita zaman P.Ramlee.... Sudah berkahwin tapi tidak mampu nak menyewa walau seunit rumah.... nak sewa bilik...
.
Bagi yang muslim, saya dah jelaskan 4 sebab kenapa saya tak beri sewa bilik kami.
.
Abam sendiri pernah rasa perasaan tersebut semasa abam bertugas di Kota Singa....
.
.
KENAPA MEREKA TAK MAMPU MENYEWA RUMAH SENDIRI, INI KIRAAN ASAS UNTUK MEREKA YANG MERANCANG UNTUK SEWA
.
.
Hari ini kalau kata sewa bulanan bawah Rm 500 ni dah macam hampir pupus, kalau di bandar KL Rm 800 pun hampir macam tiada dah....
.
Secara purata sewa KL adalah sekitar Rm 1000 hingga Rm 1400...
.
Adalah kebiasaan untuk menyewa samaada dengan Agent Hartanah atau terus kepada tuan rumah kadar sewa dan deposit adalah 2 + 1 tidak termasuk deposit ultiliti...
.
Nampak tak???
.
Jika Rm 500 sewa oklah tapi bayangkan kalau kita menyewa sebulan Rm 1300 sewanya... Boleh nangis juga tu.... dah mampu bayar “downpayment” rumah low cost di Kuala Lumpur dan Selangor
.
Ok jom kita buat kiraan situasi;
.
Rm 1300 sewa bulan tersebut
Rm 2600 deposit 2 bulan
Rm 750 deposit ultiliti
.
= Rm 4650
* tidak termasuk kos stamping
.
Jadi, ini anda semua harus faham dan tahu.... Fakta yang anda harus telan
.
Kadar sewa pasti akan terus meningkat sebagaimana harga harga rumah terus meningkat..... Yuran selengaraan juga meningkat dan kos sara kita hidup juga meningkat dan tak pernah turun
.
Ramai yang berkata baik tunggu hartanah akan jatuh harganya... Tapi mereka selalu lupa.... Apa maksud jatuh jika kita sendiri tidak bersedia awal.... tanya simpanan pun suam suam kuku sahaja.... CCRIS pun buat buat tak faham je.....
.
Oklah, saya bagi anda faham mendalam sikit lagi, Hartanah bawah harga 400k adalah dibawah katergori "Mass Market" ia tidak akan jatuh harga malah... Akan terus mendapat permintaan tinggi...
.
Kenapa?
.
Setiap tahun graduan dan mereka mencari kerja di bandar besar akan terus mencari dan membeli hartanah.... Tempat tinggal memang asas tak kira dimana kita
.
Bagi yang mampu, saya saran belilah mana yang anda mampu beli hari ni... Kerana dengan sebiji yang anda mula ada itulah modal untuk hartanah kedua... Ketiga dan seterusnya... Faham ke??
.
Namun bagi yang belum mampu, labur dulu untuk dapatkan ilmu... Hari ni mudah kita dapat...
.
Ramai yang sedia berkongsi... Pilihlah yang mana anda selesa... Sesuai jiwa...
.
Rancang dan mulakan langkah anda
.
.
Syahrizat Mohd Halid
ABAM PEGANG BURUNG
.
.
.
www.mybiliksewa.blogspot.com
.
.
.
Nak belajar business bilik sewa atau rumah sewa
klik link di bawah
.
www.subletmethod.com