Saya adalah Agen Hartanah yang fokus di Kawasan Bangi , Kajang , Semenyih , Cheras , Puchong , Seri Kembangan. Boleh whatsapp saya untuk info lanjut.. 0149661850
Untungnya kakitangan kerajaan boleh beli 4 buah rumah dengan gaji RM 2000
Credit tu Facebook : Dhom Niddufias
UNTUNGNYA KAKITANGAN KERAJAAN
--------------------------------------------------------------------
Tahukah anda, kalau anda berkhidmat dengan kerajaan dan gaji anda dalam rm2k, anda boleh beli sekurang-kurangnya 4 buah rumah tanpa bersusah payah dan boleh dapat positive cash flow utk rumah-rumah anda.
Anda berupaya untuk membuat 2 pinjaman sebanyak 100%, dan 2 pinjaman sebanyak 90%.
Cuma adakah anda betul-betul menggunakan keupayaan anda untuk memiliki sekurang-kurangnya 4 buah rumah atau sekadar beli henbeg LV, beli TV 500 inci, dok tukar henpon, tuka sportrim dan tuka kete?
Agak2 ada ke yang berminat nak tau? Kalau ada yg berminat bolehla taip :
"saya mau" cukup 50 org, akan sy kongsikan, kalau xcukup, sy anggap kakitangan kerajaan ni minat shopping jer..hehe
P/S: bayangkan sekiranya pasangan anda berkhidmat dengan kerajaan juga...perghhhh senang-senang 8 biji rumah....hehehhee...
UNTUNGNYA KAKITANGAN KERAJAAN (SIRI 2)
------------------------------------------------------------------------
Untuk tatapan anda, moga manfaat untuk semua....kalau tak faham, saya sudi je bantu untuk clarifykan
BILA RUMAH TUKAR BAJU BARU
------------------------------------------------------------------------
Susulan daripada sharing saya sebelum ni bertajuk "UNTUNGNYA KAKITANGAN KERAJAAN", saya ingin berkongsi kisah rumah subsale (2nd hand) yang saya pernah beli menggunakan PERSONAL LOAN dengan interest 3.85% flat rate selama 25 tahun. Time beli apartment ni, terasa la sikit macam orang kaya, ye la...bayar cash kat lawyer...walhal buat personal loan... smile emoticon
Tapi tu dulu..masa zaman kegemilangan personal loan, sekarang ni...limit utk 10 tahun je...but still, sekarang masih boleh buat berdasarkan kepada keupayaan kita, dengan RM80k dengan kadar interest 2.99%, bayaran bulanan adalah RM866.
Lepas beli apartment tu, baju ditukar dengan baju baru..ala-ala baju raya baru..dengan anggaran kos baju sebanyak RM9K. Kalau campur-campur beli+renovation adalah RM84K, dimana masa tu market value apartment tu adalah RM130K dan saya sewakan dengan RM1100.
Masa beli apartment tu, keadaanya memang macam tongkang pecah. Tile pecah, dinding berconteng, pintu pecah, wiring bermasalah..selalu trip, tahi kucing merata dan macam2 lg. Agent try jual dalam tempoh 6 bulan, walaubagaimanapun semua orang tak nak beli, tapi bagi saya ianya hanyalah kosmetik semata-mata....mungkin rezeki saya kot masa tu, saya terus beli dengan harga RM75K.
Sekarang ni lepas 2 tahun berlalu, market value bagi apartment tu RM200K, dan saya masih simpan apartment ini sehingga persekitaran di tempat ini matang sepenuhnya.
Nota :
1. "Don't judge a book by its cover"
2. Unit macam ni ada di mana-mana, cuma kita kene rajin untuk mencari
3. Apabila anda site visit rumah sebegini, cuba bayangkan sekiranya ia di renovate, dan cuba pastikan anggaran untuk kos renovate...sebenarnya xda la semahal mana
4. Biasanya unit macam ni, owner malas dah nak jaga, owner nak letgo sahaja
5. Kos renovasi sebenarnya akan meningkatkan Market Value rumah tersebut
P/S: gambar di bawah bukanlah gambar apartment yang dibeli, ianya hanyalah gambar hiasan semata-mata
****Andaikata anda tuan rumah dan mempunyai masalah untuk jaga rumah anda sehingga jadi sebegini, team #penunggurumah sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda
KALAU SUAMI ISTERI BEKERJA KERAJAAN
------------------------------------------------------------------------
Biasanya kalau ada kenaikkan elaun, mesti da fikir macam-macam nak buat apa dengan duit tu, selama elaun dan kenaikkan tu tak ada, BOLEH JE HIDUPKAN?? Apa kata untuk kali ni, elaun dan kenaikkan yang dapat tu tolak tepi siap-siap dan jangan gunakan untuk diri sendiri, tapi gunakan untuk pelaburan yang mendatangkan pulangan positive cash flow.
Credit tu Facebook : Dhom Niddufias