kerana mencuri barangan dan perabot rumah disewanya pada September lalu.
Tertuduh, Aizam Abd Aziz, 44, dari Kuala Terengganu di sini,
turut berdepan hukuman penjara tambahan lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta dengan curang.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang menggunakan
lima unit penyaman udara;
dua katil dan tilam;
seunit mesin basuh;
seunit peti sejuk;
satu set meja makan;
satu unit kabinet televisyen;
sebuah televisyen 29 inci;
sebuah sofa L-Shape;
dua set meja tepi;
satu set seterika dan papan penggosok;
seunit tong gas;
13 unit bantal dan
pelbagai jenis peralatan dapur
milik Sharifah Salwa Syed Shafie, 43.
Tertuduh didakwa melakukan itu di rumah disewanya di Taman Semarak Bukit Tunggal, Kuala Nerus, jam 11 pagi pada 30 September lalu.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Akhbar Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pemilik butik menanggung kerugian hampir RM30,000
apabila pelbagai barangan elektrik di rumahnya di Taman Semarak, Bukit Tunggal, Kuala Nerus, dilarikan penyewanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/286669/penyewa-durjana-terima-balasan-metrotv