Showing posts with label Bumbung bocor unit strata rumah bertingkat apa nak buat ?. Show all posts
Showing posts with label Bumbung bocor unit strata rumah bertingkat apa nak buat ?. Show all posts

Bumbung bocor unit strata rumah bertingkat apa nak buat ?

www.mybiliksewa.blogspot.my
.
BUMBUNG BOCOR UNIT STRATA RUMAH BERTINGKAT APA NAK BUAT ?
.
Kebanyakkan reka bentuk pada bangunan bertingkat
.
Laluan pendawaian elektrik adalah melalui atas silling / soffit dan dinding
.
Manakala laluan paip bekalan air atau sewerage/ sanitary pipe melalui lantai bawah (slab) dan dinding yang dibuat secara conceal (tanam dalam konkrit) ataupun expose (terdedah).
.
Lapisan water proofing juga biasanya dipasang pada lantai bahagian yang kerap berlaku basah seperti
- tandas
- bilik air
- balkoni sidaian pakaian
- ruang dapur (xsemua)
.
Bagi mengelakkan kesan air meresap pada aras bawah.
.
Namun, tidak dapat dielakkan jika berlaku kebocoran disebabkan defect semasa pembinaan dan wear and tear.
.
Boleh rujuk pada gambar.
.
-----------------------------------------------------------------------------------
.
Jika siling pada rumah anda berlaku
.
- Kesan bocor
- lembap (dampness)
- water penetration
.
yang mana berpunca daripada paip atau saluran najis untuk rumah atas secara undang-undangnya kerosakan tersebut adalah di bawah tanggungjawab pemilik tingkat atas dan pemilik atas perlu

mengeluarkan kos pembaikan.
.
(Sek 142, SMA 2013) & (Bahagian XV, SMR 2015)
.
Dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (SMA 2013) dan Strata Management (Maintainance and Management) Regulation (SMR 2015) ada menerangkan tentang kes ini.
.
Kaedah yang perlu dibuat sekiranya bumbung bocor/lembap, dampness, water penetration (Regulation 55):
.
a. Buat report atau hantar notis pada JMB atau MC. (Regulation 57).
.
JMB = Joint Management Body = Pertubuhan Penduduk dan Pemaju
MC = Management Corporation = Pertubuhan Penduduk
.
b. Minta JMB buat siasatan di rumah anda dan unit atas.
Pemilik unit atas perlu benarkan atau dikenakan kompoun RM50K atau penjara xlebih 3 tahun. (Regulation 63).
.
c.Jika betul punca tingkat atas, minta JMB keluarkan arahan untuk tingkat atas repair dalam tempoh 5 hari selepas tarikh pemeriksaan.
Jika tiada tindakan dalam masa 7 hari selepas surat arahan dikeluarkan daripada JMB, JMB perlu repair dan submit on-cost-charge kepada tingkat atas.
(Regulation 61).
.
d. Jika tidak boleh jugak? Buat aduan kepada kepada  Strata Management Tribunal.
(Untuk tuntutan di bawah RM250K sahaja).
.
- http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/423
.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kes ini tidak digunapakai sekiranya :
.
a. Bangunan tersebut masih dalam tempoh tanggungan kecacatan.
.
b. Jika unit rumah/parcel di roof toop atau tingkat paling atas.
Kebocoran adalah di bawah tanggungjawab JMB/MC.
.
c. Paip yang bocor tersebut sama ada sistem bekalan air atau drain pipe daripada aircond adalah untuk paip rumah sendiri yang telah diubahsuai.
.
d. Rumah atas adalah rumah kau sendiri. Hehehe
.
Iqbal Zainuddin
RE
.
www.mybiliksewa.blogspot.my
www.mybiliksewa.blogspot.my
www.mybiliksewa.blogspot.my
.
.Nak buat Waterproofing ?
.
nak renovate atau cat rumah pon boleh call aku
.
Ubahsuai Rumah dan Kerja Baiki Paip
.
- Ubahsuai rumah
- Kerja - kerja paip
- Pasang tiles
- Mengecat
- Wiring
- Baiki tandas
- Baiki atap bocor
- Buat grille
- Pasang Kabinet
- Pintu & pagar
- Plaster ceiling
- Ubahsuai pejabat
.
WhatsApp
Syamin Saad
0149661850
.
www.wasap.my/60149661850
.