Ketahui Apa Punca Mengapa Adam Gagal Beli Rumah Walau Sudah 9 Tahun Berkerja

KETAHUI APA PUNCA MENGAPA ADAM GAGAL BELI RUMAH WALAU SUDAH
9 TAHUN BERKERJA
.
BELAJAR DARI KISAH ADAM.... INI PERKARA GRADUAN WAJIB ELAK
.
.
AWAS ????
.
Entri hari ini juga panjang...
.
Jika anda graduan atau baru berkerja kurang 5 tahun anda wajib tahu perkara ini
.
Semestinya apabila anda baru sahaja selesai belajar dan sudah bergelar graduan...
.
Macam macam dendam kesumat nafsu nak beli itu ini akan muncul.....
.
Kalau dulu nak beli gadget...
.
nak beli kereta...
.
nak macam macam niat yang belum lepas kita mahu tunaikan....
.
Namun, kita harus belajar dari kesilapan Adam...
.
kita lihat apakah bentuk kesilapan yang beliau lakukan sehingga beliau gagal beli hartanah walaupun bergaji baik.....
.
.
# 1 - SALAH PILIH KERETA
.
Selepas graduasi, memiliki kereta pasti idaman ramai graduan...
.
Kebiasaannya kereta menjadi ukuran kejayaan oleh ibu bapa malah kawan kawan seuniversiti dahulu.....
.
Memang ada sahaja ibu bapa yang meletakan kereta sebagai tanda aras kejayaan anak mereka.
.
Kau tengok Tijah, Alhamdulillah anak Jenab tu dah ada Hondu Cibik....
.
keja dia mesti ok... gaji pun mesti besar
.
Berikut contoh berikut ini mudah anda hadam,
.
Adam, selepas graduasi beliau rasa penting membeli sebiji kereta untuk mudahkan dia transport untuk berkerja.
.
Dengan gaji Rm 4000 dia fikir Hondu Cibik sesuai untuknya, dan dia beli kereta tersebut....
.
Setelah memakai, maka barulah dia sedar berikut adalah kos dia terpaksa tanggung sepanjang dia memiliki kereta tersebut
.
- instalment bulanan adalah Rm 1200
.
- purata selengara kereta Rm 300 untuk 2 bulan iaitu Rm 150 sebulan
.
- Petrol bulanan Rm 500 ke Rm 600
.
Ini bermakna, jumlah dia harus belanja adalah  Rm 1800 sebulan sedangkan gaji bersih Adam hanya 3400 selepas tolak SOCSO dan KWSP
.
.
Maka baki di tangan Adam hanya, Rm 1600 dan ini belum termasuk perancangan untuk berkahwin dan belanja awek main boling dan tengok wayang.... 
.
juga simpanan nak beli rumah
.
Sendiri jika kita kirakan, berapa anggaran baki yang mampu Adam simpan?
.
Apa lagi nak cerita bagaimana dia mampu nak kumpul deposit beli rumah....
.
.
Jika anda faham kesan terbesarnya dari kisah diatas adalah hutang kereta tersebut adalah untuk 9 tahun...
.
jika tiada kenaikan gaji maka selama 9 tahun itulah Adam akan “Stagnant” dan tidak berubah....
.
Dengan apa yang ada, berapa banyak Adam mampu menyimpan?
.
Akhir kata, membeli kereta tidak berdosa tetapi kesilapan dan cara kita memilih kereta yang sesuai dengan budget....
.
itulah punca ia menjadi dosa besar dalam usaha terus memiliki hartanah....
.
.
#2 - TIDAK BUAT BUDGET, TIADA TABUNG
.
.
Ramai kurang sedar perancangan awal atau budget sememangnya harus kita lakukan sebelum melangkah untuk membeli....
.
Dan paling selalu berlaku adalah,
.
"Belanja Dulu, Baru Simpan” itulah punca setiap masa ada sahaja emergency ha ha ha
.
Baiklah, ada bagusnya kita mulakan faham perkara ini;
.
Berapa peratus untuk Tabung simpan?
.
Berapa peratus untuk Tabung kereta?
.
Berapa peratus untuk Tabung Melancong?
.
Berapa peratus untuk Tabung Duit Kawin?
.
.
Saya mudahkan dahulu kepada perkara berikut;
.
Budget Katergori 1
1/3 untuk simpanan & pelaburan
.
Budget Katergori 2
1/3 untuk bayaran hutang pinjaman
.
Budget Katergori 3
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa
.
.
Jika anda faham, Budget katergori 2 kita hanya ada lebih kurang 33% sahaja....
.
Ini bermaksud, ia termasuk hutang hutang seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah dan mungkin termasuk ptptn....
.
Maka lagi besar kereta, lagi kecil bahagian untuk perumahan.
.
Ada yang tanya, bagaimana jika saya buat ASBF?
.
Jika tanya saya akan letakkan dalam Budget Katergori 1 iaitu “Force Saving”
.
Dalam banyak kes saya bertemu sahabat hartanah...
.
kebanyakan mereka gagal kumpul wang deposit....
.
Sangat selalu berlaku kenaikan harga juga memyukarkan mereka.
.
Katakan, nak beli 250k maka deposit dan kos legal anggaran adalah 15% jadi...
.
bagaimana kita mampu sediakanya....
.
Jika mengharap menyimpan Rm 300 sebulan, setahun hanya Rm 3600 sahaja pastinya tak cukup....
.
.
#3 - TIDAK RANCANG BELI RUMAH MASA MUDA
.
.
Membeli hartanah memang bukan mudah.. Lagi lagi jika kita tidak merancang...
.
Baik!!! Secara jujur tiada beza langsung jika anda menyewa atau duduk kuarters atau duduk rumah mak ayah atau beli sendiri...
.
Namun, fakta ini ada faktor utama kenapa jika anda pandai merancang untuk berkahwin maka, anda juga harus pandai merancang miliki hartanah seawal muda....
.
Kenapa?
.
Sebelum saya menjawab, sekali lagi saya mohon maaf untuk berbicara perkara benar...
.
Perbezaan terbesar hidup menyewa atau memiliki sendiri adalah setelah anda dan mungkin pasangan anda “Meninggal Dunia".
.
Perkara saya selalu fikirkan, Kemana waris anda akan pergi????
.
Lagi lagi jika anak anak pun masih kecil sekurang kurangnya mereka ada tempat hendak berlindung.....
.
Berberapa perkara lain anda harus faham adalah lagi muda anda beli hartanah lagi murah premium insurannya tak kiralah MRTA atau MRRT atau apa pun jenis polisi yang anda ambil....
.
Dan itulah punca, mengapa anda harus mulakan seawal muda..
.
Syahrizat Mohd Halid
ABAM PEGANG BURUNG.
.
Bilik Sewa Hipster Muslim Klang Valley
https://m.facebook.com/BilikSewaHipsterMuslim
.
RENO & RENT Brothers
https://www.facebook.com/RenoRentBrothers/
.
.
Kalau nak belajar sublet, busines bilik sewa, business rumah sewa secara online
.
boleh klik link di bawah
.
https://akademisublet.onpay.my/order/form/sm2017/60
.
Kalau nak personal coaching dengan SYAMIN SAAD
.
BOLEH whatsapp
.
www.wasap.my/60149661850
.