Gandakan Duit Gaji Dengan Hartanah

Gandakan duit gaji dengan hartanah
.
NOOR AINULYAKIN ISHAK
FOTO: SHARINIZAM OTHMAN
15 MEI 2017
.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/gandakan-duit-gaji-1.674679
.
MINAT dalam sektor hartanah setelah melihat lapangan itu boleh menjana pendapatan berganda, membuatkan Mohamed Haryzul Mohamed Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jimmy Haryzul lebih fokus dalam bidang tersebut.
.

.
Biarpun mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan, tetapi semangat untuk mencuba melabur dalam sektor hartanah memang tidak salah baginya.
.
Jimmy Haryzul berkata, tamat sahaja pengajian pada 2010, dia mula bekerja dengan satu syarikat dalam bidang kejuruteraan selama dua tahun.
.
Pada masa yang sama, saya mula terfikir untuk mencari satu perniagaan untuk menggandakan duit gaji.
.
Berkenalan dengan rakan yang telah ceburi pelaburan hartanah, sedikit sebanyak ilmu perkongsiannya saya simpan.
.
Sejak dari itu, lima tahun lalu saya mula berjinak dalam lapangan pelaburan hartanah,” katanya.
.
.
Perjanjian disediakan untuk pemilik rumah sublet dan penyewa.
.
Menurut anak jati Selangor ini, dalam bidang hartanah, ada banyak pilihan untuk menjana pendapatan.
.
Melalui perkongsian rakan, pembacaan dan hadiri seminar hartanah, akhirnya setelah dua tahun dalam bidang kejuruteraan..
.
saya membuat keputusan untuk berhenti dan memilih untuk menjana duit sampingan dengan perniagaan sublet.
.
Sublet ini, ialah kita sewa rumah kemudian disewakan semula.
.
Ia amat mudah bagi yang baharu ingin ceburi dalam pelaburan hartanah kerana pelaburan tanpa memerlukan  ada rumah sendiri,” katanya.
.
Mohamed Haryzul berkata, dia pernah mempunyai lima sublet dan kini ia tinggal dua sublet yang diuruskan.
.
Tiga lagi rumah sewa telah tamat kontrak bersama tuan rumah, jadi sekarang saya uruskan dua rumah sublet.
.
Oleh itu, tahun ini saya sasar untuk tambah lagi sublet
.
Kini, kata bapa kepada dua cahaya mata ini, bukan sahaja fokus dalam perniagaan sublet, tetapi sejak setahun lebih lalu, dia juga serius menjadi perunding hartanah berdaftar.
.
Memang dalam apa yang mahu dilakukan, ilmu paling utama perlu ada.
.
Kerana apabila ada ilmu, cabang lain boleh kita ceburi untuk lebih mendapatkan manfaat.
.
Seperti saya sendiri, apabila sudah lebih lima tahun dalam perniagaan sublet, dan tahu renyah pelaburan hartanah
.
Baharu saya mula bergiat sebagai perunding hartanah yang lebih besar pelaburannya
.
Pada masa sama, ikon Lanai yang berusia 33 tahun ini, tidak mahu mensia-siakan usia mudanya dengan melanjutkan pelajaran bagi mendalami ilmu dalam bidang akademik.
.
Walaupun, saya ada pengalaman sikit dalam bidang hartanah ini, dan ada juga perniagaan, tetapi dalam masa sama saya masih menyambung pengajian bagi meningkatkan taraf pendidikan yang saya miliki
.
Buat duit dengan sublet
.
Pasti ramai yang tertanya, apa itu sublet dan bagaimanakah ia boleh membantu jana pendapatan.
.
Perniagaan sublet atau sub-sewa ini adalah alternatif yang baik kalau anda masih lagi belum mempunyai modal yang cukup untuk memiliki hartanah sendiri.
.
Dengan sublet juga, tidak memerlukan pelabur mempunyai hartanah sendiri tetapi ada cara untuk menjana pendapatan.
.
Jadi tidak perlu risau untuk belajar jadi tuan rumah atau pelabur hartanah dengan adanya sublet ini.
.
Ikuti perkongsian daripada Jimmy Haryzul yang berpengalaman dalam pelaburan sublet sejak lima tahun lalu.
.
Apa itu sublet?
.
Sublet atau sub-sewa adalah suatu aktiviti apabila tuan rumah menyewakan unit kepada anda, dan anda pula menyewakan unit tersebut pada orang lain (sublet).
.
Panggilan untuk orang yang buat sublet pula dipanggil subletter.
.
              
.
Kerja-kerja memasukkan perabot pada rumah sublet.
.
Sublet juga tidak salah di sisi undang-undang, kerana saya telah membuat rujukan  di mana aktiviti itu dibenarkan, asalkan mendapat kebenaran dan ada hitam putih perjanjian dengan tuan rumah.
.
Bagaimana sublet boleh menjadi satu pelaburan?
.
Ada beberapa teknik yang selalu dipakai untuk membuat keuntungan melalui sublet antaranya
- sewakan per unit rumah
- sewakan per bilik
- sewakan per kepala (individu),
- sewakan tanpa perabot (unfurnished)
- sewakan separa perabot (partly-furnished)
- sewakan lengkap dengan perabot (fully furnished)
- sewaan harian (homestay).
.
Contoh sewa dari tuan rumah RM700 untuk sebuah rumah, dan setelah diberi kebenaran oleh tuan rumah, subletter menyewakan rumah itu kepada penyewa baru dengan harga RM1,000
.
Untung yang subletter akan peroleh untuk satu unit rumah sewa adalah RM300 sebulan.
.
Jika subletter ada lima rumah, dengan keuntungan yang sama, subletter berjaya jana pendapatan sampingan RM1,500 sebulan.
.
Secara amnya, sewa per kepala lebih menguntungkan subletter berbanding per bilik atau satu rumah seluruhnya.
.
Biasanya pendapatan sewaan boleh dapat dalam RM600 hingga RM1,000 sebulan untuk sebuah unit rumah.
.
Sewakan secara fully furnished juga boleh dilakukan dengan memasukkan barang-barang keperluan seperti peti ais, sofa, TV, katil (perabot serba lengkap).
.
Biasanya boleh dapat pendapatan sewaan dalam RM300 hingga RM600 sebulan.
.
Bagi yang mahu menceburkan diri dalam sublet, apa yang perlu dilakukan?
.
Ada enam langkah asas yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan sublet ini
.
PERTAMA
- Kenal pasti lokasi rumah sewa yang hot. Rumah berdekatan dengan banyak kemudahan,
- Contoh jaringan pengangkutan awam, pusat beli-belah, kolej atau kawasan pejabat.
- Kawasan ini pasti tinggi permintaan.
.
KEDUA
- Kadar sewa. Kadar sewa setiap lokasi dan jenis rumah adalah berbeza.
- Begitu juga rumah yang lengkap perabot atau kosong, semuanya perlu diteliti bagi menentukan kadar sewa.
.
KETIGA
- Adalah unit rumah tersebut. Pastikan rumah berkeadaan baik.
.

.
KEEMPAT
- Paling penting adalah kebenaran pemilik rumah.
- Kebenaran pemilik rumah untuk anda lakukan sublet.
- Jika tuan rumah setuju, maka segala terma dan syarat pastikan tercatat di dalam perjanjian sewaan anda dengan tuan rumah.
- Biasanya perjanjian sewaan di ikat minimum tiga tahun.
.
KELIMA
- Baru mulakan sublet.
- Dapat kunci, bersihkan rumah, masukkan perabot jika itu strategik anda, atau biarkan kosong rumah tersebut
- Lihat pula jenis sewaan dan siapa penyewa anda untuk sasaran pendapatan.
.
KEENAM
- langkah mencari penyewa.
- Buat iklan di media sosial atau tampal iklan di dinding.
.
Cabaran yang perlu diambil kira?
.
Apabila ia dijadikan sebagai satu bidang perniagaan, maka seorang subletter akan berhadapan dengan modal dan risiko serta untung rugi.
.
Subletter perlu keluarkan modal untuk memasukkan perabot dan sekiranya ada penyewa tidak membayar sewa, maka subleter akan tanggung sewa tersebut.
.
Tidak ada istilah untung atas angin dan ambil kesempatan dalam bidang perniagaan ini.
.
Apakah benar perniagaan ini sukar mendapat persetujuan pemilik rumah?
.
Anda perlu tahu sublet ini adalah satu perniagaan, dan objektif mahu membantu pemilik rumah mendapatkan penyewa bagi rumahnya.
.
Ada pemilik rumah tidak punyai waktu untuk menguruskan rumah sewa, termasuk mencari penyewa dan menguruskannya.
.
Oleh itu, peranan subletter memudahkan perkara itu.
.
Pemilik rumah juga tidak perlu risau mengenai bayaran bulanan
.
Kerana subletter akan bayar ikut jadual kerana dahulukan duit mereka, bukan hanya menunggu duit daripada penyewa yang ada kalanya lewat.
.
Siapa yang perlu menanggung kos jika berlaku kerosakan pada rumah sublet?
.
Selalunya berdasarkan perjanjian dengan tuan rumah, sebarang kerosakan yang melibatkan struktur, pemilik akan tanggung.
.
Tetapi jika kerosakan kecil di bawah RM200, penyewa akan tanggung.
.
Dalam perjanjian dengan tuan rumah dan penyewa, siapkan perkara tersebut agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.
.
Jimmy Haryzul
Businessman
Property Investor
Real Estate Negotiator ( REN 21058)
.
Kalau nak belajar sublet, busines bilik sewa, business rumah sewa secara online
.
boleh klik link di bawah
.
https://akademisublet.onpay.my/order/form/sm2017/60
.
Kalau nak personal coaching dengan SYAMIN SAAD
.
BOLEH whatsapp
.
www.wasap.my/60149661850