==========================
.
.
Malam tadi saya Malik Yacob dan strategic partner saya Najmin Yacob berjaya siapkan 1 rumah beralas tikar getah sebelum menerima penyewa dari syurga.
.
.
Rumah bersaiz lebih kurang 700sqft,
3 bilik tidur hanya memerlukan segulung tikar getah 27.5m yang hanya bernilai RM170.
Siap ada lebih lagi!.
.
.
Ini tipsnya:
1) Jenis tikar getah - sebelum membeli,
atleast anda tahu apa jenis-jenis yang ada.
Ada beberapa jenis asas tikar getah.
Jenis nipis, jenis medium tebal dan jenis tebal.
Nak lagi best ada tikar getah berspan.
Lembut semasa memijak.
Lagi tebal tikar getah lagi berat.
Mau nak angkut kena 2 org sbb terlalu berat.
Jadi pilih yang sesuai ikut pilihan anda.
Bayangkan rumah tingkat 5, walkup naik tangga, jenuh nak angkut tikar getah je.
Untuk rumah ini, sy pilih jenis yang nipis sahaja.
.
.
2) Beli segulung terus - lebih berbaloi.
Asalnya tikar getah ini dijual RM8.50 semeter.
Lepas tawar menawar, saya dapat harga RM170 utk segulung tikar.
Jadi bersamaan RM170/27.5m = RM 6.18/m.
Murah kan.
Kalau beli ikut meter, lebihan tikar tu tuan kedai susah nak jual semula.
Jadi kita bantu dia, dia pun suka.
Win-Win.
.
.
3) Beli tikar getah yang bercorak jalur/garisan -
Contohnya corak papan, corak parkir atau yang bergaris.
Untuk rumah ini saya beli corak papan.
Ada sebab kenapa saya pilih corak ini.
Ini memudahkan sy semasa fasa pemotongan nanti.
Ikut je garisan.
Lagi satu sy pilih corak papan, sbb sejuk mata penyewa memandang hehe.
.
.
4) Tools yang diperlukan - pisau, gunting, pembaris besi dan pita ukur.
Saya perlukan pembaris besi masa nak touch up tikar getah ni.
Sudut-sudut tepi dinding, tepi pintu sy potong gunakan pisau blade dan pembaris besi.
InshAllah membantu.
Pita ukur pula untuk dapatkan lebar bilik.
Jadi lebih mudah masa nak potong tikar nanti.
Pastikan tahu teknik guna pita ukur, takut salah ukur pula.
.
.
5) Minuman sejuk dan makanan alas perut - penat pasang tikar getah,
anda boleh la rehat dengan minum dan makan2.
Letih sebenarnya pasang tikar getah.
Tambah pula gulungan tikar getah ni "terbalik"..
Jadi perlukan focus dan komitmen yang tinggi.
Apa salahnya belanja partner dan diri makan2. 😉
.
.
Semoga bermanfaat. Mohon share diwall anda utk manfaat rakan lain.
.
www.subletmethod.com