Korang da biasa dengar hartanah jenis leasehold dan freehold kan?
Tapi pernah tak korang mengalami situasi mengurus tempoh leasehold yang hampir nak tamat?
Ni kes sebenar yang sedang den nak uruskan.
Keluarga den ada sebuah rumah Semi D 1 tingkat yang tamat tempoh leaseholdnya hanya lagi 16 tahun dan kami sekeluarga berpakat untuk menjualnya.
Masalah sekarang, sekiranya tempoh leasehold tersebut berbaki sekurang-kurangnya 40 tahun,
bank boleh bagi pinjaman berdasarkan kepada market value kawasan ini,
dimana ianya boleh mencecah 1.2 juta, tetapi sekiranya berbaki 16 tahun lagi, bank tidak akan memberikan pinjaman langsung ke atas unit tersebut.
Kira kes ni rare sikit la, jarang ada kes-kes macam ni.
Jadi bagaimana kaedah den nak uruskan jualan dan selesaikan kes ni?
Dan macam mana pengiraannya dibuat? Atau den terpaksa letgo kepada kerajaan?
Ada ke yang nak tau?
Korang like dulu la ya, cukup like, baru la semangat sikit den nak berkongsi, kalau tak cukup, den simpan untuk diri sendiri je la.. hehe
Kalau rasa bermanfaat, tekan la butang share tu atau tag kawan-kawan anda agar dapat manfaat sama juga.
Boleh ke den capai like banyak tu? Takut den syok sendiri la plak
#notadhom
Link siri 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155011675393068&id=687173067
TAMAT TEMPOH LEASEHOLD, APA NAK BUAT?
Siri 2
Family den ada sebuah rumah Semi D 1 tingkat di Petaling Jaya, Selangor yang mempunyai baki lagi 16 tahun sebelum tamat tempoh pejakan.
Ni rumah lama sejak zaman 1950an lagi, zaman ni memang confirm den tak lahir lagi ni la 😂.
Ok..untuk kes macam ni, biasanya sebelum mencapai tarikh tamat tersebut,
kerajaan akan memberi pilihan untuk pemilik menyambung tempoh pajakan sebelum tamat tarikh pajakan sebenar.
Terdapat 2 cara untuk disambung pajak semula bagi tanah di rumah tersebut
Bayaran RM1K untuk panjangkan tempoh
Pegangan akan dipanjangkan beserta dengan kaveat pendaftar
Tidak dibenarkan membuat pindah milik kepada orang lain, kecuali kepada ahli keluarga yang terdekat
Lepas geran terbaru keluar, family den tak akan menerima sebarang kadar diskaun sekiranya ingin melanjutkan tempoh premium. Perlu bayar full premium
Setelah geran terbaru keluar dan sekiranya satu masa nanti family den nak jual, kadar premium tersebut perlu juga dibayar kalau nak keluarkan kaveat pendaftar bagi proses pindah milik kepada pembeli
Pembeli yang ingin membeli menggunakan loan, agak sukar, sebab terdapat kaveat pendaftar dan pihak bank biasanya tidak akan memberikan pinjaman bagi kes macam ni, sebab high risk
Pilihan 1 ni dibuat bagi mengelakkan pemilik dari membuat keuntungan dengan penjualan, ianya dibuat bagi membantu pemilik yang betul-betul ingin menetap disitu
Bayar premium bagi panjangkan tempoh
Pegangan boleh dipanjangkan kepada 2 tempoh, iaitu 60 tahun atau 99 tahun
Ianya boleh dipanjangkan dengan pembayaran premium berdasarkan kepada harga tanah semasa
Formula pengiraannya adalah:
1/4 ✖ 1/100 ✖ nilai tanah semasa ✖ tempoh tahun dipanjangkan ✖ luas dalam meter persegi ➖ 30%
Contoh pengiraan :
1/4 ✖ 1/100 ✖ RM3K ✖ 44 tahun (60 tahun - 16 tahun)✖ 362 meter persegi ➖ 30%
JUMLAH PREMIUM YANG PERLU DIBAYAR:
RM83,622.00
❇ nilai tanah semasa tanah ➡ perlu merujuk kepada pejabat tanah, anggaran nilai tanah kawasan ni dalam RM2K - RM3K meter persegi
❇ tempoh tahun dipanjangkan ➡ tempoh tahun yang dipanjangkan ( 60 tahun atau 99 tahun) - baki tahun yang tinggal
❇ luas dalam meter persegi ➡ boleh tengok dalam geran
❇ 30% ➡ kadar diskaun yang diberikan secara automatik
Lepas geran terbaru keluar, family den boleh jual terus tanpa sebarang masalah
Pembeli boleh membuat loan untuk pembelian
Untuk submit permohonan:
❇ Proses bayaran permohonan ➡ RM150
❇ Beli Pelan ➡ RM40
❇ Beli Carian Rasmi ➡ RM50
Proses permohonan pemanjangan tempoh akan mengambil masa anggaran selama 6 bulan
Pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan diluluskan
Anggaran keseluruhan proses sehingga geran terbaru dikeluarkan adalah selama 1 tahun
NOTA : Kaedah ni untuk negeri Selangor sahaja, untuk negeri-negeri lain, korang boleh rujuk pejabat tanah di negeri korang.
#notadhom
#notahartanah
#jaridakrem
#lenguhjariden
**Kalau korang rasa bermanfaat, tekan la butang share tu atau tag kawan-kawan anda agar dapat manfaat sama juga.
Siri 3
Rupanya ramai juga yang berminat pasal kes leasehold rumah semi D 1 tingkat family den ni. Harapnya sharing den bermanfaat.
Alhamdulillah, bakal pemilik rumah yang bertuah pun da ada dan sekarang ni inshaaAllah buyer tengah nak uruskan proses tandatangan SNP bagi rumah semi D 1 tingkat family den yang berbaki pajakan 16 tahun lagi ni.
Syukur alhamdulillah juga sebab ianya dapat dijual walaupun premiumnya belum dilanjutkan lagi. Semoga semuanya dipermudahkan.
P/s: InshaaAllah bila da sign SNP nanti den akan share cara dan proses penjualan untuk kes ni.
Facebook Penulis
Dhom Niddufias
https://www.facebook.com/oodeng
www.urusewa.com
"Mengurus rumah sewa anda secara mudah dan bijak"
www.mybiliksewa.blogspot.com
www.mybiliksewa.blogspot.com
www.mybiliksewa.blogspot.com