Halau penyewa bermasalah 1

"PENYEWA SERANG SUBLETTER SECARA HALUS - INI SOP KAMI HALAU PENYEWA "

Malam semalam kami dari Penunggu Rumah turun ke padang utk bantu rakan subletter menghalau penyewa dari neraka.

==============
SINOPSIS CERITA
==============
.

1) Libatkan 2 group penyewa dlm 1 rumah. First, group GM* (3org) - kami nak serbu bilik check ada ganja tak. Kemungkinan ada sebab tiba2 nak keluar hujung bulan ni lepas bgtau nak buat spotcheck. Sebelum tu kata last bulan 6. Masalahnya, diorang dah pasang selak pintu sendiri. Sewaan bulan May belum berbayar lagi.

2. Satu lagi group MF* (4org). Dah keluar bulan 2, tapi datang balik ke rumah bulan 4 dan 5 dgn alasan PROTES sbb deposit tolak banyak. Lepak dan tidur ruang tamu. Ini dikira serangan secara "halus" ke atas subletter.

===========
KEKUATAN TIM
===========

Lebih kurang 14 org rakan subletter yang sado turun membantu proses MENGNYAH penyewa.

================
PROSES FLOW & SOP
================

πŸ”˜ Buat cover report polis dahulu untuk maklumkan berkenaan salah laku penyewa.

πŸ”˜ Fotostat beberapa salinan laporan polis tadi dan hitamkan info penting kita seperti no kad pengenalan dan alamat.

πŸ”˜ Bawa plastik sampah hitam yang agak berkualiti bagi urusan pembersihan barang-barang penyewa yang kita nak halau.

πŸ”˜ Gunting dan tape pelakat pastikan dibawa untuk tujuan balut plastik  hitam tadi dan juga sebagai pelekat untuk lekatkan salinan report polis di plastik barangan penyewa.

πŸ”˜ Maklumkan pada penyewa yang lain dirumah in advance proses pembersihan dan halau penyewa masalahakan diadakan. Ini bagi tujuan supaya mereka dapat pastikan barangan mereka tidak bercampur dgn penyewa masalah.

πŸ”˜Kumpulkan semua barangan penyewa di dalam plastik dan letakkan di luar rumah.

πŸ”˜ Siap-siap print arahan pengosongan bilik dan arahan clearkan barangan penyewa yang dihalau dalam masa 24 - 48 jam. Jika tidak barangan akan dibuang serta merta.

πŸ”˜ Jika penyewa tiada semasa proses halau, maklumkan melalui sms, whatapps atau call - untuk kes malam tadi, penyewa tiada di rumah. Kami cuba call masuk voice mail.

πŸ”˜ Tukar mangga baru untuk main gate dan buat salinan untuk setiap penyewa yang masih menyewa.

πŸ”˜ Jika kes penyewa yang mempunyai barang sangat banyak, boleh sediakan transport untuk proses buang terus. Tak elok letak diluar rumah. Haha.

==============
LEARNING CURVE
==============

πŸ”˜ sebagai subletter atau tuan rumah, kita perlu tunjukkan "authority" diawal proses sewaan. Jangan berlembut dengan penyewa sampai mereka boleh ambik kesempatan.

πŸ”˜ Cara untuk tunjukkan authority mungkin boleh gunakan sistem yang betul seperti tenant screening - pastikan borang permohonan sewa di isi, terangkan house rule dan penalti yang akan dikenakan, pastikan penyewa tanda tangan tanda setuju dengan house rule.

πŸ”˜ Kalau deal dengan pelajar kolej, dapatkan info tempat belajar dan info pejabat HEP atau etc. Kita boleh maklumkan pada pejabat kolej berkenaan isu ini.

SHARE DAN TAG RAKAN ANDA YANG ADA URUSKAN RUMAH SEWA.

#penunggurumah
#akademisublet
#halaupenyewa
#malikyacob





geng penunggu rumah kumpul.. minum2 dulu sebelum serbu


tengah tunggu penyewa bermasalah balik






geng Penunggu Rumah kemas brg2 penyewa yang bermasalah






bungkus barang2 penyewa dan letak luar



lepas halau penyewa