Penipuan Rumah dan Bilik Sewa - 3

SCAMMER RUMAH SEWA
DETECTED!!!!
======================



Copy paste dari facebook

Tuan Faisal Luzzeri

Lama betul saya tak posting kat Fb. Bizi benor mengalahkan YB. Hahahaha.
Ok la Nak citer sikit semalam punya cerita. Cerita ni berkenaan dengan scammer. Banyak saya dengar orang kena scam dengan taktik scam Rumah Sewa. Kesian betul....

Ok la semalam punya cerita, saya ade contact 1 agen ni berkenaan dgn Umah Sewa. Saya bertanyakan Untuk viewing unit tersebut tapi Agen ini meminta saya bank in deposit dahulu kpd owner dan agen tersebut akan pergi mendapatkan kunci supaya penyewa boleh hadir Untuk view. Kebanyakan orang akan mudah tertipu apabila Rumah Sewa itu dilokasi yg HOT Dan kadar Sewa diletakkan pada harga yg sangat MURAH dan TAK LOGIK....

Woww umpan baik punyaa...hahaha

Jadi apabila saya bertanyakan nama penuh dan agency yg agen tersebut register namun agen tersebut gagal membuktikan dgn alasan segala butiran ada diletakkan kat mudah.my. Sedangkan detail pada mudah.my adalah tidak lengkap sama sekali. Cantik permainan nyaa...

Jadi kalĂ u penyewa yang tak tahu prosedur sewaan so comfirm² kena tipu dengan membuatkan bayaran deposit tersebut. Lepas tu owner dan agen hilang, maka tersontot lah penyewa itu dengan duit deposit. kah kah kah....

Kena ambil perhatian untuk sewaan Rumah, penyewa kena cerdik dengan tidak memberi apa² cash or bayaran selagi penyewa tidak melihat unit tersebut Dan juga terlebih dahulu mendapat OTR (Offer To Rent Form) Dari agency. OTR ini penting bagi melindungi duit deposit penyewa supaya tidak boleh ditipu oleh Agen or owner. OTR ini adalah form sewaan Dari firm agency hartanah berlesen Dan agency berhak memegang deposit bagi wakil pihak antara penyewa Dan owner.

Andaikata penyewa memberi deposit Sewa tanpa OTR, lepas tu owner hilang or tak Nak bagi balik. So siapa yang rugi??

Dipendekkan cerita, tengok unit dulu Dan baru bayar deposit. Bukan bayar deposit dulu baru tengok unit nnti tak pasal² unit ntah kemana Dan duit pon ntah kemana....hahahahaha

Jadi jangan mudah terpengaruh dengan umpan² yg hot dan prosedur yang memang tak logik...
Share jika bermanfaat supaya kawan² lain pun tak tertipu..

‪#‎TheNest‬
‪#‎penunggurumah‬
‪#‎syukuradagroup‬
‪#‎scammersewarumah‬
‪#‎tipahtertipu‬


1


2


3


AWAS SCAMMER menyamar agen rumah sewa sekitar Wangsa Maju.
Nama: Lucas lim agent 30790
No Tel: 017 883 1519
No akaun yg digunakan:
1. HONG LEONG BANK 0175-0486-375 LEE JOON SHIUH
2. PUBLIC BANK 6365-8439-35 LEE JOON SHIUH
3. PUBLIC BANK 469-505-8407 Wee Swee Leong




Sila berjaga - jaga dalam mencari rumah dan bilik sewa

pasti kan anda datang tengok rumah dahulu.